Hak Asasi Manusia dan Alam Melayu
Start: 2021-12-13 20:30:00 UTC Kuala Lumpur, Singapore (GMT+08:00)
This is a virtual event
Konsep hak asasi manusia semakin popular semenjak pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pengumuman Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948.
Walaupun konsep tersebut berasal dari negara barat dan berevolusi sejak zaman pertengahan Eropah, pemikiran yang serupa dengan konsep hak asasi manusia juga dilahir di tamadun besar menerusi pelbagai aliran pemikiran dalam sejarah manusia.
Misalnya, agama Islam menegak keadilan sosial dan belas kasihan terhadap golongan yang miskin, agama Hindu melihat semua manusia sebagai manifestasi rantaian ketuhanan, maka semua manusia harus disayangi, dihormati dan tidak diderita. Manakala Confucius menekankan semua laki-laki adalah abang dan adik.
Maka, apakah idea-idea awal di alam Melayu berkaitan dengan hak asasi manusia? Adakah empayar-empayar seperti Srivijaya, Majapahit dan Kerajaan Melaka meninggalkan idea-idea tempatan yang menyerupai hak asasi manusia?
Akademi Demokrasi dengan segala hormatnya menjemput Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani), pensyarah Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membincangkan tajuk ini.
Moderator ialah Muhammad Abdul Rahman, aktivis Akademi Demokrasi Malaysia.
Kuliah awam ini akan dianjurkan secara maya menerusi Zoom dan Facebook Live.
Sesiapa yang minat boleh berdaftar dengan mengisi butir-butir anda di sini. Pautan Zoom akan dihantar selepas pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0111-0664526. Terima kasih.
Akademi Demokrasi Malaysia
https://www.facebook.com/democracyacademy