Akademi Demokrasi Malaysia
Akademi Demokrasi Malaysia (ADM) ditubuhkan pada Oktober 2013, objektifnya ialah untuk menyediakan latihan tentang demokrasi dan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia, supaya memperkasakan masyarakat sivil dan menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam proses pemdemokrasian negara.
Sejak 2013, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Kem Hak Asasi Manusia, Seminar Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia, hak buruh, hak orang asli dan lain-lain
ADM ditubuhkan untuk memperingatkan mendiang Teoh Beng Hock yang merupakan mangsa penindasan politik dan kematian dalam lokap SPRM. ADM adalah platform pendidikan Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi.